Ibu... Ibu.. engkaulah ratu hatiku...
Bila ku berduka.. engkau hiburkan selalu...
(assyura suka sangat bila iklan lagu nie keluar kat tv.. siap menari2 lagi :).. mama pun apa lagi.. perasan la sorang2... assyura suke lagu tuh sebab sayang kat mama dier... ngehehehe :D
apa2 pun... hari ni 9 may... so sempena hari ibu yg mulia nie... mama tujukan doa ini... khas untuk ibu2, mama2. mummy2, ummi2, mak2... diluar sana..... terutama for both my mum n MIL n me myself :)
Khas untuk mak tersayang.. Puan Zaiton Binti Mohamad dan mak mertua tercinta.. Puan Sa'idah Binti Md Said.. kasih kalian membawa ke syurga.. terima kasih atas segalanya... mamaeja caaaayang mak eton n mak idah!! :)
"SELAMAT HARI IBU"
Ya Allah..
Sesungguhnya wanita2 yg kukenali ini
seorang ibu yang kucinta, cantik, kuat, sabar,
dan aku menyayangi keduanya
Kau tingkatkanlah kehidupan mereka dengan rezeki yang berkat
Kau rahmatilah setiap langkahnya dalam
menjaga dan memberi yang terbaik buat keluarganya
Kau bersihkanlah hatinya
Kau kuatkanlah imannya
Kau peliharakanlah ia dari sebarang fitnah
kau permudahkanlah hidupnya
Kau restuilah kehidupannya
di dunia dan jua di akhirat
Amin Ya Rabbal Alamin....
Salam ukhwah fillah :D
luv,
mamaeja