Tuesday, March 9, 2010

~~ Lets Read This Mummies!! Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi Berumur 2 Tahun ~~


Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan...



Teruskan membaca…





Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna. Makanan

note : mmm... mama ada gak bg assyura makanan dlm botol utk bb masa umur sebelum 6 bulan ari tu.... tp mama bg sket2 je.... sometimes kalau assyura nampak mcm lapar sangat....







Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.Putih
Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.
Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

note : "botulism"... sila klik di sini

Kacang , Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua

produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun








Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor/paed anda seelok-eloknya.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

note: apa2 pun, segala nya terpulang kepada kita as parent.... untuk tentukan apa yg terbaik untuk kita. Segalanya bermula dari diri kita sendiri.... x salah untuk kita berkongsi2 pendapat, mencari info, bertanya pada yg pakar.... kerana akhirnya nanti.... kita yang akan rasa kebahagiaannye apabila anak tersayang membesar dengan sihat dan cergas!!.... InsyaAllah :)







~~mamaeja ~~ assyura ~~ ayah ariff ~~

luv,




5 comments:

  1. eja, 'botulism' tu ape?
    nad slalu gak bagi khaira madu..nak hilangkan batuk dia..

    ReplyDelete
  2. nice info.. thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam sayang! sori.. lambat sket pos hadiah!

    ReplyDelete
  4. good! my yusuf fahim baru je tercekik gula2 semalam.. so, be careful dengan gula2 dan yang seangkatan dengannya..

    ReplyDelete
  5. nad :: eja ada tambah info kat atas tu :) or baca je link ni ek http://www.babyzone.com/askanexpert/infant-botulism-honey

    ezan :: welkem... just wanted to share with thne one i care :D

    zaza :: hehehe... sampai2 kanla ilmu nie ek... xpe, i sabar menunggu.. hihi :p

    Asmahani :: tula, benda2 kecik ni memang very dangerous for our baby... especially yg kurang 2 tahun... assyura pun kadang2 termakan benda yg dier kutip... tgk2 dah muntah selambak, kuar balik benda yg dier tertelan tuh, skali ngan makann n susu mama... ~~

    ReplyDelete

xkan baca je..mai la komen :)

Cari.. Cari... Cari......